servis menulis

3 Servis Menulis Yang Diperlukan Oleh Ramai Orang

Ramai orang ada impian dan cita-cita untuk menulis tetapi seringkali tertangguh kerana pelbagai kekangan seperti masa, kemahiran menulis dan sebagainya. Namun jangan bimbang, masalah itu ada penyelesaiannya. Hari ini kami nak kongsi 3 servis menulis yang diperlukan oleh ramai orang untuk memastikan cita-cita mereka tercapai. Servis menulis tersebut adalah seperti berikut;

  1. Servis Menulis Manuskrip Buku
  2. Servis Menulis eBook
  3. Servis Menulis Media Sosial
servis menulis

Servis Menulis Manuskrip Buku

Servis menulis manuskrip buku merupakan servis menulis yang diperlukan oleh ramai orang. Terutamanya orang yang mahu menerbitkan buku secara fizikal. Kita mungkin ada pengalaman yang banyak dan menarik, tetapi kita tidak ada masa untuk menulis. Kita mungkin juga ada idea yang bernas dan praktikal, namun kita kurang kemahiran untuk menyusunnya menjadi sebuah buku.

Penulis bebas (freelance writer) yang menawarkan servis menulis boleh membantu menukar pengalaman dan idea yang kita miliki menjadi sebuah manuskrip buku. Ya! Mereka yang akan menulis pengalaman dan idea kita.

servis menulis

Servis Menulis eBook

Pada masa sekarang servis menulis buku dalam bentuk ebook juga semakin berkembang. Ini kerana proses menulis ebook lebih pantas untuk disiapkan kerana tidak perlu dicetak secara fizikal. Pada masa yang sama ebook juga boleh disebarkan secara lebih meluas menerusi pelbagai medium dalam talian.

Justeru, servis menulis ebook semakin diperlukan oleh ramai orang. Ini kerana ebook kini telah digunakan secara meluas sebagai medium untuk mempromosikan produk dan servis perniagaan. Bukan lagi sekadar bahan bacaan ilmiah atau akademik semata-mata.

servis menulis
wms niaga

Servis Menulis Media Sosial

Satu lagi servis menulis yang diperlukan oleh ramai orang ialah servis menulis konten media sosial. Ini kerana media sosial kini menjadi tempat paling ramai orang berkumpul. Justeru para peniaga melakukan aktiviti pemasaran dan jualan secara agresif di media sosial.

Kalau kita perhatikan, kini kebanyakan media sosial mempunyai versi untuk bisnes contohnya Whatsapp Bisnes, Instagram Bisnes, Tik Tok Bisnes dan sebagainya. Namun berapa ramai pemilik bisnes yang dapat menulis di media sosial secara konsisten? Di sinilah servis menulis konten media sosial menjadi servis menulis yang diperlukan oleh ramai orang.

servis menulis

Servis-Servis Menulis Yang Lain

Selain 3 servis menulis yang telah disebutkan di atas, terdapat pelbagai servis menulis lagi yang ditawarkan oleh Penulis Bebas. Antaranya seperti berikut:

  1. Servis menulis Teks Ucapan. Biasanya teks ucapan disediakan untuk dijadikan sebagai panduan kepada VIP yang akan menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis. Contohnya teks ucapan untuk majlis perasmian, teks ucapan untuk alu-aluan, teks ucapan untuk majlis persaraan dan sebagainya.
  2. Servis menulis Teks Pengacara /Pengerusi Majlis. Biasanya teks pengacara majlis disediakan untuk dijadikan sebagai panduan kepada pengacara majlis mengendalikan perjalanan majlis dengan lancar. Teks ini juga penting untuk membantu pengacara majlis menyebut nama jemputan dengan betul, menyusun perjalanan program dengan teratur dan menceriakan majlis dengan pantun dan seloka secara terancang.
  3. Servis menulis transkrip iaitu menukar audio atau video kepada bentuk skrip atau teks. Audio atau video boleh ditranskrip secara langsung atau boleh juga ditranskrip dan disunting. Contohnya video sesi taklimat boleh ditukar menjadi buku manual atau audio ceramah boleh ditukar menjadi buku motivasi.
  4. Servis menulis terjemahan iaitu terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan juga sebaliknya. Servis terjemahan ini boleh dibuat untuk pelbagai dokumen contohnya artikel, surat, bahan latihan dan sebagainya.
  5. Servis menulis surat rasmi atau surat tidak rasmi. Biasanya surat ditulis untuk menyampaikan maklumat atau membuat permohonan. Contohnya organisasi boleh menyampaikan maklumat kepada ahlinya menerusi surat atau individu boleh membuat permohonan melalui surat.
  6. Servis menulis kertas cadangan atau proposal. Kertas cadangan biasanya ditulis untuk menjelaskan secara berstruktur sesuatu idea yang mahu dikemukakan kepada sesuatu pihak. Contohnya kertas cadangan oleh sebuah koperasi untuk melaksanakan projek kebajikan kepada golongan asnaf dirangka untuk dikemukakan kepada pihak kementerian. Atau proposal bisnes ternakan udang kara yang ditulis oleh usahawan untuk dikemukakan kepada pihak agensi.
  7. Servis menulis profil syarikat atau organisasi. Profil syarikat atau organisasi biasanya disediakan untuk menerangkan latar belakang organisasi, operasi organisasi dan hala tuju organisasi secara ringkas. Profil ini akan digunakan untuk memperkenalkan organisasi dan juga dilampirkan dalam proposal organisasi yang dihantar kepada pihak lain.

Servis menulis yang disebutkan ini boleh dilakukan secara berasingan seperti yang dinyatakan dalam senarai di atas dan juga boleh dilakukan secara kombinasi. Contohnya kombinasi di antara servis transkrip dengan servis terjemahan.  Maksudnya audio atau video akan ditukar kepada skrip sekali dengan terjemahan. Jadi anda boleh pilih servis menulis mana yang anda perlukan.

Servis Menulis Aspek Teknikal

Servis menulis aspek teknikal disediakan bertujuan untuk mempersiapkan bahan penulisan yang sudah berada pada peringkat draf untuk diterbit atau dicetak.

  1. Khidmat membuat Rekaletak Teks (typesetting) untuk bahan yang akan dicetak atau diterbitkan. Proses rekaletak teks bertujuan untuk menyediakan bahan penulisan dalam format yang sesuai untuk percetakan dan penerbitan. Pada masa yang sama menyelaraskan format seperti jenis tulisan, jarak langkau baris, margin muka surat dan sebagainya.
  2. Khidmat membuat Suntingan (editing) untuk bahan yang telah ditulis pada peringkat draf. Proses suntingan bertujuan untuk membuat pembetulan dan pembaikan pada hasil penulisan. Contohnya segi ejaan, tatabahasa dan tahap kebolehbacaan (readability) sesuatu penulisan.
  3. Khidmat membuat Bacaan Pruf (proof reading) untuk bahan yang berada pada peringkat akhir sebelum dicetak atau diterbitkan. Proses bacaan pruf bertujuan membuat semakan segi ejaan, tanda bacaan, transliterasi, keseragaman penggunaan istilah dan gaya bahasa.
  4. Khidmat Penyelarasan Kata Kunci dan Mesra Enjin Pencarian (keyword & SEO) untuk bahan yang diterbitkan secara di atas talian. Kata kunci dan SEO penting untuk meletakkan sesuatu penulisan pada kedudukan yang utama dalam paparan enjin pencarian (search engine) dalam dunia maya.
  5. Khidmat Mencetak dan Menerbit bahan penulisan secara fizikal atau menerbitkannya secara di atas talian. Terdapat pelbagai format penerbitan dalam talian contohnya format pdf dan format boleh dibelek secara digital (digital flip).

Servis Menulis Untuk Tambah Nilai

Servis menulis untuk tambah nilai disediakan bertujuan untuk melengkap dan mencantikkan lagi persembahan atau penampilan bahan penulisan.

  1. Khidmat membuat Grafik Ilmiah untuk bahan yang telah siap didraf terutamanya bahan penulisan yang memuatkan banyak data. Grafik boleh dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta yang lebih ringkas, padat dan memudahkan pemahaman pembaca.
  2. Khidmat membuat Grafik Kreatif untuk bahan yang telah siap didraf. Grafik boleh dibuat untuk kulit depan dan belakang (cover), pembahagian bab dan sebagainya.
  3. Khidmat membuat Infografik untuk bahan yang telah siap didraf. Tujuan infografik adalah untuk mempelbagaikan persembahan hasil penulisan selain daripada bentuk teks. Infografik juga boleh berperanan sebagai ringkasan atau kesimpulan pada sesuatu topik.
  4. Khidmat Memperkemaskan Sumber Rujukan pada bahan penulisan yang telah didraf. Khidmat ini bertujuan mengemukakan sumber yang menjadi rujukan pada penulisan. Termasuk juga memberi kredit pada sumber yang dirujuk. Perkara ini penting untuk menghasilkan penulisan yang berkredibiliti dan mengelak daripada isu ciplak dan plagiat.
  5. Khidmat Menyediakan Bahan Pemasaran untuk penulisan yang akan diterbitkan atau dicetak. Bahan pemasaran boleh dalam bentuk petikan kata-kata, poster dan sebagainya.

Bagaimana Proses Mendapatkan Servis Menulis?

Terdapat beberapa proses untuk mendapatkan servis menulis. Bermula dengan proses mengenalpasti keperluan sehinggalah kepada proses memeterai perjanjian pakej penulisan.

Fahami Fasa Penulisan

Secara ringkasnya terdapat beberapa fasa asas yang perlu dilalui untuk menghasilkan penulisan. Antaranya adalah;

  • Fasa penetapan matlamat penulisan segi genre, tajuk, format dan sebagainya.
  • Fasa penyediaan bahan yang berkaitan termasuk penulisan yang telah sedia ada di pasaran dan juga bahan yang diperlukan untuk penulisan.
  • Fasa menggubal rangka penulisan dengan bahan yang tealah diperolehi dan bahan yang perlu dicari lagi.
  • Fasa perancangan tempoh masa yang dijadualkan untuk penulisan dan juga belanjawan yang diperuntukkan.
  • Fasa penulisan dan jangkaan siap draf pertama.
  • Fasa penambahbaikan draf penulisan.
  • Fasa suntingan dan bacaan pruf.
  • Fasa penerbitan dan percetakan.
  • Fasa pemasaran dan pengedaran.

Kenalpasti Keperluan Diri Sendiri

Berdasarkan kepada Fasa Penulisan yang telah dinyatakan di atas, kenalpasti kemampuan dan kebolehan diri sendiri untuk menyempurnakan fasa-fasa tersebut. Seterusnya senaraikan gerak kerja yang perlu dibantu oleh orang lain supaya proses penulisan berjalan lancar mengikut perancangan yang telah disusun.

Kenalpasti Penyedia Servis Menulis

Merujuk kepada senarai gerak kerja yang perlu dibantu oleh orang lain, maka kenalpasti penulis bebas yang menyediakan servis menulis tersebut contohnya seperti;  www.izhanhamidi.com. Kumpul maklumat penyedia servis menulis yang diperlukan.

Semak Latar Belakang Penyedia Servis Menulis

Semak latar belakang  penulis tersebut terutamanya segi kemahiran dan pengalaman. Boleh juga minta rekomendasi daripada rakan-rakan yang pernah berurusan dengan mereka. Setelah itu, boleh buat pilihan berdasarkan penilaian yang telah dibuat.

Runding Servis Menulis Yang Diperlukan

Atur perbincangan awal dengan Penulis dan kemukakan idea dan perancangan penulisan yang telah dibuat. Dapatkan maklum balas dan cadangan daripada pihak Penulis. Boleh ubahsuai apa yang sepatutnya supaya proses penulisan berjalan lancar.

Rangka & Pakej Servis Menulis

Rangka pakej servis menulis yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Terutamanya segi perincian skop kerja yang perlu dilakukan oleh penulis, tempoh masa setiap gerak kerja dijangka siap, proses semakan dan penambahbaikan yang boleh dibuat. 

Runding Bayaran Pakej Servis Menulis

Setelah Pakej Servis Menulis telah dipersetujui, runding pula kadar bayaran untuk semua servis yang disediakan oleh Penulis. Buat pecahan fasa bayaran contohnya bayaran deposit, bayaran setelah penyerahan hasil kerja dan juga bayaran akhir setelah selesai semua skop kerja telah disempurnakan.

Tandatangani Perjanjian Bertulis

Sediakan dokumen perjanjian secara bertulis. Masukkan butiran dan terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak termasuklah butiran fasa pembayaran.

servis menulis

Menulislah Sebagai Legasi

Buku sama ada berbentuk fizikal atau ebook adalah satu bentuk legasi yang boleh kita tinggalkan untuk generasi masa hadapan. Khazanah pengalaman dan idea kita yang dibukukan boleh dimanfaatkan bukan hanya oleh pembaca pada masa sekarang. Malahan boleh memberi manfaat kepada pembaca generasi masa hadapan.

Justeru teruskanlah cita-cita kita untuk menulis. Jadikan segala kekangan yang dihadapi sebagai suatu cabaran. Kolaborasi dengan penulis bebas yang menyediakan servis menulis adalah salah satu pilihan yang bijak.

Selamat Menulis !

Tim www.izhanhamidi.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Salam.
Kami sedia membantu anda.