izhan hamidi

IZHAN HAMIDI; Penulis Bebas, Trainer Bertauliah & Jurulatih Pemetaan Minda

Mari kita berkenalan dengan Izhan Hamidi Ibrahim yang menerajui syarikat Wise Maneuver Solution selaku Perunding Utama. 3 bidang fokus Izhan Hamidi adalah sebagai Penulis Bebas, Trainer Bertauliah dan Jurulatih Pemetaan Minda.

Penulis Bebas; "The Writer & Researcher"

Izhan Hamidi menjadikan penulisan sebagai medium untuk berkongsi pengalaman yang dimiliki oleh beliau kepada masyarakat. Sebagai Penulis Bebas beliau telah menghasilkan beberapa buah buku, ebook, dan nukilan penulisan dalam pelbagai medium sama ada bercetak atau medium dalam talian/maya.

Antara hasil karya beliau adalah Buku Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi , Buku 100 Tips Praktikal Perkahwinan Islam: Membentuk Keluarga Mawaddah dan eBook Bugar Potensi Kaedah WISE Maneuver. Catatan perkongsian pengalaman peribadi beliau pula boleh dibaca di blog www.izhanhamidi.blogspot.com

servis menulis

Trainer Bertauliah; The Wise Maneuver"

Berbekalkan pengalaman terlibat dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia lebih daripada 20 tahun, Izhan Hamidi juga aktif dalam bidang latihan bina insan sebagai Trainer Bertauliah. Beliau memiliki tauliah Training The Trainer (TTT1848) daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan juga Tauliah Mengajar Agama (2016/007) daripada Majlis Agama Islam & Adat Isitadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sebagai Trainer Bertauliah, Izhan Hamidi memfokuskan kepada program Latihan Kemahiran Transformasi Budaya Kerja dan  Latihan Kemahiran Pengurusan Diri. Alhamdulillah program latihan tersebut telah dimanfaatkan oleh pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan, pihak swasta dan syarikat korporat.

izhan hamidi com trainer the wise maneuver

Jurulatih Pemetaan Minda; "The Mind Mapper"

Minat yang mendalam dalam bidang pemikiran kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mendorong Izhan Hamidi meneroka bidang ini menerusi pembacaan dan juga penyertaan dalam pelbagai program sehingga layak bergelar sebagai Jurulatih Pemetaan Minda.

Demi meneruskan legasi ilmu, Izhan Hamidi giat berkongsi kemahiran pemetaan minda khususnya kepada golongan pelajar di pelbagai peringkat daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi.

izhan hamidi com peta minda

Sinergi & Jaringan

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman izhanhamidi.com semoga ada manfaat buat para pembaca. Jika anda ada minat yang sama dalam bidang penulisan, latihan bina insan dan bimbingan kemahiran, jom berinteraksi bersama Izhan Hamidi di laman facebook beliau www.facebook.com/izhanhamidi. Ayuh kita bina sinergi dan luaskan jaringan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Open chat
Salam.
Kami sedia membantu anda.