Hubungi Kami
Soalan Yang Sering Ditanya !

Tuan Izhan Hamidi merupakan seorang Trainer Bertauliah PSMB yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia lebih daripada 20 tahun. Beliau juga aktif menulis di pelbagai medium dan telah menghasilkan beberapa buah buku.
Wise Maneuver Solution (WMS) adalah sebuah syarikat perundingan dan latihan sumber manusia yang telah beroperasi sejak tahun 2012. Tim WMS kini diterajui oleh Tuan Izhan Hamidi sebagai Perunding Utama.
Tim WMS memfokuskan kepada 3 bidang utama iaitu Khidmat Penulisan, Khidmat Latihan & Khidmat Bimbingan. Kami yakin 3 teras ini adalah formula terbaik untuk memperkasakan potensi individu, keluarga dan organisasi. Kami juga menyediakan Khidmat Konsultasi untuk membolehkan pelanggan membuat pemadanan dan penyesuaian khidmat yang digunakan dengan keperluan sebenar pelanggan.
WMS menyediakan khidmat penulisan manuskrip buku berdasarkan kepada idea dan keperluan pelanggan, untuk buku fizikal dan juga e book. Selain itu kami juga menyediakan khidmat penggubalan konten untuk media sosial.
WMS menyedikan Program Latihan dan juga Bengkel Bimbingan dengan fokus kepada agenda Transformasi Budaya Kerja dan juga pembentukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk individu, keluarga dan juga organisasi.
Prosesnya ringkas sahaja iaitu kenalpasti apakah keperluan sebenar anda. Kemudian pilih perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan tersebut. Seterusnya rundingan akan dibuat untuk merangka cadangan pakej yang dipersetujui oleh kedua belah pihak untuk dilaksanakan.